1. Membaca
Aku amat kagum dengan bangsa asing yang sentiasa menimba ilmu setiap masa di mana jua sekali pun di dalam tandas. Tidak semestinya ulat buku adalah sesuatu yang nerd. Malas membaca? Mengaku sajalah. Kenapa harus kolot? Sahutlah seruan kempen pihak kerajaan 'Budaya Membaca, Budaya Kita'.
2. Menulis
Ya, aku sudah menanam minat dalam bidang penulisan. Sebelum ini minat aku sangatlah banyak. Antaranya, fotografi, muzik, dan seni lukis. Dasarnya, aku bukanlah seorang yang berbakat. Tapi, aku tahu bakat boleh dipupuk asalkan minat itu ada. Walaupun kadang2 hasilnya tidak lah mengembirakan atau memuaskan hati tapi masih boleh dibanggakan kerana percubaan yang agak berani itu.
3. Diet yang Seimbang
Sehari dua ini aku mulai perasan yang diri aku ini memerlukan diet yang seimbang. Bukan sahaja diet untuk menyihatkan tubuh badan malah diet untuk mengurangkan kilogram aku. Aku sedar sejak akhir2 ini selera aku semakin bertambah. Sedih? Tak lah. Mungkin hidup aku semakin bahagia kut. Aku banyak ketawa dan tersenyum kebelakangan ini. hmm..kenapa ye?
4. Warna Warni
Sejak akhir2 ini jugak aku mulai sedar yang minat aku, personaliti dan cara hidup aku banyak berubah. Kini Najla masa dulu sudah berlalu,dan sekarang the brand new aku yang lebih menghargai kehidupan dan sukakan warna warni. Ya, aku telah temui warna warni hidup aku.
5. Cinta
Sekian lama aku mencari2 cinta sejati dan ertinya. Tapi sekarang rasanya aku telah pun temuinya. Sesuatu tentangnya telah banyak merubah aku untuk menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Walaupun ia bukanlah cinta abadi dan tak sama dengan cinta pada yang Maha Esa, namun, aku bersyukur persoalan aku tentang erti cinta sejati sesama manusia terjawab walaupun aku sememangnya sedar cinta manusia penuh dengan penipuan, kekecewaan dan tidak akan kekal.



No comments:
Post a Comment